Untuk makluman semua, PPL Cairo telah melaporkan diri di Kedutaan Besar Malaysia di Cairo pada 12 Julai 2008. Alamat pejabat PPL Cairo dan nombor telefon untuk dihubungi adalah seperti berikut:
En. Muhammad Hazam bin Hajanan
Setiausaha Pertama
Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan, JPA
Kedutaan Besar Malaysia Cairo
21, El Aanab Street
Mohandessine, Giza
Arab Republic of Egypt
No. Telefon: 00-0-02-37610013/0068 ext. 133
No. HP:+20108714264
No. Faks: 00-2-02-3761-0216
Email: jpacairo@yahoo.com
hazam.hajanan@jpa.gov.my
Thursday, July 24, 2008
Friday, June 27, 2008
Pengurusan Penempatan Pelajar Tajaan JPA di Mesir
Soal penginapan merupakan satu isu yang penting dalam kehidupan seorang pelajar. Situasi di antara satu universiti dengan satu universiti yang lain mungkin berbeza secara total. Sehubungan itu, pelajar-pelajar tajaan JPA yang akan ke Mesir dinasihatkan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai keadaan di universiti/negara tersebut. Pejabat ini akan berusaha untuk menyebarkan sebanyak mana mungkin maklumat berkenaan hal ini dan selalulah layari laman blog ini untuk maklumat terkini.
-
Seperti yang kita sedia maklum, urusan hal ehwal sewa-menyewa ini adalah tanggungjawab penuh setiap pelajar itu sendiri. JPA sebagai penaja sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan menyalurkan elaun penginapan sebanyak USD 160 setiap pelajar sebulan iaitu kira-kira RM512/bulan mengikut kadar tukaran asing semasa. Maklumat yang pejabat ini terima daripada pelajar senior di Cairo University adalah sebuah apartment yang sesuai didiami oleh 4 orang pelajar lengkap dengan perabot dan alat penghawa dingin adalah lebih kurang RM1500 sebulan. Walaupun urusan sewaan ini adalah tanggungjawab penuh pelajar, pejabat ini tetap akan menjalankan pemantauan ke rumah sewa pelajar-pelajar tajaan.
-
Pejabat ini memohon supaya pelajar dapat memilih rumah sewa yang paling sesuai dengan pelajar tersebut. Antara elemen yang perlu diambilkira dalam memilih rumah adalah kos sewaan sebulan, keadaan keselamatan/kebersihan kawasan sekitar, jarak dengan kelas kerana ini akan memberi impak kepada kos pengangkutan sebulan dan yang paling penting ialah terma perjanjian.
-
Pastikan arrangment sewaan dilengkapi dengan surat perjanjian kerana ini yang akan menyelamatkan pelajar-pelajar daripada ditipu tuan tanah/rumah. Pastikan KESELURUHAN surat perjanjian DIBACA dan DIFAHAMI kandungan tersurat dan tersiratnya. Buat tinjauan harga terlebih dahulu untuk membuat perbandingan dan kadar sewaan semasa dan lawatlah unit yang hendak disewa terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.
-
Jangan lupa bahawa senior-senior yang ada sedia untuk memberi khidmat nasihat, jangan malu untuk mendapatkan pandangan mereka dan pejabat ini mengalu-alukan bantuan pelajar senior kepada adik-adik yang baru mendaftar.
-
Untuk makluman, pejabat ini ada mendapat permohonan daripada sebuah agensi di Kaherah yang sedia membantu urusan pelajar-pelajar mendapatkan apartment untuk disewa. Walau bagaimanapun, setelah JPA dan pejabat ini meneliti dokumen perjanjian, dan keperluan agensi tersebut supaya pelajar-pelajar persediaan menandatangani surat perjanjian terlebih dahulu di Malaysia, pejabat ini membuat keputusan untuk tidak menggunakan khidmat agensi terbabit. Adalah tinggi risiko kepada pelajar untuk menandatangani apa-apa perjanjian tanpa mengetahui keadaan sebenar unit-unit yang hendak disewa. Pelbagai janji manis boleh ditabur, tetapi kalau sudah terikat dengan perjanjian, tiada apa yang boleh dilakukan atau mungkin terpaksa melalui proses undang-undang yang panjang.
-
Walau bagaimanapun, pejabat ini akan sentiasa berusaha supaya pelajar-pelajar dapat menjalani kehidupan pelajar yang normal dan memiliki kualiti hidup yang baik sepanjang pelajar-pelajar mengikuti kuliah masing-masing.
Perjumpaan PPL Bersama 97 Pelajar Persediaan di INTEC
Untuk makluman, pada 11 Julai 2008 jam 3.30 petang, satu majlis akan diadakan bertujuan untuk memperkenalkan En. Muhammad Hazam bin Hajanan, PPL Cairo kepada semua pelajar tajaan JPA yang sedang mengikuti MEP di INTEC. Pelbagai amanat akan disampaikan oleh En. Muhammad Hazam dan beberapa perkara perlu dibincangkan terutamanya berkaitan dengan hal ehwal penginapan di Cairo nanti sebelum beliau berlepas ke Cairo pada jam 11.59pm, 11 Julai 2008. Semua pelajar dijemput hadir.
Thursday, June 26, 2008
Pelajar Persediaan di INTEC 2008/2009
Untuk makluman semua, pada masa ini seramai 97 orang pelajar yang akan ke Mesir sedang mengikuti program persediaan 'Middle East Programme' (MEP). Jika kesemua pelajar cemerlang ini melepasi cut-off point yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran masing-masing di Cairo University, dijangkakan mereka akan berlepas ke bumi Mesir pada hujung bulan September atau awal Oktober 2008 nanti.
Sehubungan itu, dipohon kerjasama pelajar-pelajar senior untuk memberi sokongan kepada adik-adik yang perlu menyesuaikan diri di negara asing terutamanya berkenaan dengan hal ehwal penempatan dan sokongan moral/emosi yang amat diperlukan.
Sehubungan itu, dipohon kerjasama pelajar-pelajar senior untuk memberi sokongan kepada adik-adik yang perlu menyesuaikan diri di negara asing terutamanya berkenaan dengan hal ehwal penempatan dan sokongan moral/emosi yang amat diperlukan.
Alamat Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) JPA
Untuk makluman, Pejabat PPL, JPA akan ditempatkan di Kedutaan Besar Malaysia, Cairo. Saya merupakan pegawai JPA pertama yang ditempatkan di Cairo dan merupakan perintis pembukaan pejabat JPA di bumi Mesir ini. Oleh kerana pejabat ini baru hendak dibuka, maka banyak 'shortcomings' yang mungkin berlaku nanti. Walau bagaimanapun, pejabat ini, pihak JPA dengan kerjasama KBM Cairo akan berusaha untuk meningkat mutu perkhidmatan kepada para pelanggan terutamanya pelajar-pelajar tajaan dan pinjaman khas JPA.
Saya juga memerlukan kerjasama semua pelajar-pelajar tajaan JPA terutamanya daripada pelajar-pelajar senior bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar tajaan JPA dapat dijaga dengan baik.
Salam Perkenalan
Selamat datang ke laman blog JPA, Cairo.
Nama saya Muhammad Hazam bin Hajanan, Setiausaha Pertama, Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan, JPA, Kedutaan Besar Malaysia, Cairo. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Mesir pada 12 Julai 2008 bersama isteri, Pn. Ainol Zuhaida binti Zainal Abidin dan anak perempuan, Jasmine Ayesha binti Muhammad Hazam.
Tujuan utama penempatan saya di Cairo adalah khusus untuk membantu pelajar-pelajar perubatan tajaan JPA di pelbagai universiti di bumi Mesir ini. tanggung jawab yang saya pikul amat besar iaitu menjaga kebajikan dan memastikan setiap pelajar tajaan JPA berjaya mendapatkan ijazah kedoktoran dan pulang ke negara tercinta Malaysia untuk menabur bakti.
Sekiranya pelajar-pelajar ada menghadapi masalah, sila berhubung segera dengan pihak JPA Cairo di alamat email hazam.hajanan@jpa.gov.my atau hazam_hajanan@yahoo.com atau terus hubungi saya di talian 013-3601440.
Nama saya Muhammad Hazam bin Hajanan, Setiausaha Pertama, Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan, JPA, Kedutaan Besar Malaysia, Cairo. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Mesir pada 12 Julai 2008 bersama isteri, Pn. Ainol Zuhaida binti Zainal Abidin dan anak perempuan, Jasmine Ayesha binti Muhammad Hazam.
Tujuan utama penempatan saya di Cairo adalah khusus untuk membantu pelajar-pelajar perubatan tajaan JPA di pelbagai universiti di bumi Mesir ini. tanggung jawab yang saya pikul amat besar iaitu menjaga kebajikan dan memastikan setiap pelajar tajaan JPA berjaya mendapatkan ijazah kedoktoran dan pulang ke negara tercinta Malaysia untuk menabur bakti.
Sekiranya pelajar-pelajar ada menghadapi masalah, sila berhubung segera dengan pihak JPA Cairo di alamat email hazam.hajanan@jpa.gov.my atau hazam_hajanan@yahoo.com atau terus hubungi saya di talian 013-3601440.
Subscribe to:
Posts (Atom)